CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.:SeTiAp DeTiK NaFasKu:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

ApaKaH iNi??????

Lebam di pergelangan kaki

PELIK BIN AJAIB?????

Bile bangun je tido, tetiba lebam ni ada di pergelangan kaki saya....

APAKAH INI?????
Masih menjadi tanda tanya.....


Sunday, November 28, 2010

WaRkAh HaTi BuAt WaNiTa

"Kerana dirimu begitu berharga"

Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yang dikasihi.

Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anak yang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..


Friday, November 26, 2010

Malaysia Microsoft Office Championship (MMOC 2010)

SwEeT MeMorY....

Tahun ini mungkin adalah tahun bertuah untuk saya apabila saya dinobatkan sebagai

The Champion of Malaysia Microsoft Office Championship 2010



Bersama pemenang tempat ke-2 dari UITM dan ke-3 dari UM

Kalau kita bercakap tentang Microsoft Office, pasti kita akan bercakap pasal word, excel powerpoint dan sebagainya yang sememangnya wajib sebagai seorang pelajar untuk mengetahuinya

Malaysia Microsoft Office Championship(MMOC) adalah satu pertandingan dimana ia untuk menguji pengetahuan seseorang tentang microsoft office dalam masa ditetapkan iaitu 50minit. Peserta dengan masa terpantas dan markah tertinggi dikira sebagai pemenang

Alhamdulillah.....
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya mencatatkan masa terpantas dan markah tertinggi sekaligus membawa pulang

Trofi, medal, netbook,laptop, RM2000 dan bertanding ke peringkat dunia di Park City, Utah

Hadiah-hadiah yang dimenangi
Walaubagaimanapun, mungkin bukan rezki saya apabila saya tidak dapat bertanding di Park City, Utah kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. 
Kalau nak kata tak kecewa tu tipulah kan, but saya cuba muhasabah diri...
mungkin ade hikmah di sebalik semua kejadian....kite hanya merancang dan Allah yang tentukan....

Tapi......
Saya tidak akan sesekali berputus asa...:)
InsyaAllah saya akan mengambil Microsoft Office Excel untuk melayakkan saya menyertai Pertandingan Peringkat Dunia di California, US bagi kategori Pro-Microsoft Office...:) InsyaAllah

Terima kasih tidak terhingga untuk lecturer saya yang berpenat lelah   bagi memastikan kami semua lulus dan berjaya...Jasamu akan ku kenang...:) Big apple tak kan ku lupa...haha
Kepada mama n ayah yg supportive...Thanks a lot!!!!!!
L.O.V.E.  U!!!

Bersama pemenang-pemenang untuk setiap zon....Congrats to my friend, Syazwan Akid
 for the 3rd place Instituition Level.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, tahniah dan terima kasih sebab banyak membantu untuk opening seremony..Minta maaf kalau2 ade berkecil hati...

Kepada Akmal, Aima dan Khair...terima kasih sebab banyak memberi sokongan....I LOVE U!!!

Kepada sesiapa yang tidak puas hati dengan kemenangan saya...sorry, yang bg markah pon komputer..saye pon tak boleh nak buat ape...Takkanlah saya take advantage kat komputer kan??=)Janganlah biarkan sifat cemburu tu menghantui anda sehingga membuatkan anda memandang serong kat orang lain...
ALLAH MAHA MENGETAHUI!!
Sekian......























Thursday, November 25, 2010

Excellent Achiever's Award 2010

TAHNIAH...

kepada semua pelajar 
Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute
yang menerima anugerah dekan untuk S2'09 and S1'2010 pada bulan lepas...:)
Semoga kejayaan ini tidak akan berhenti di sini dan kita semua akan terus berusaha untuk mendapat kejayaan pada masa hadapan...insyaAllah...^__^


Dean list S2'09 and S1'10

I'm soooooooooooooooo HAPPY!!!!
 Sangat happy bile saya terpilih untuk mendapat dua anugerah dr HEMs iaitu 

UniKL BMI Best Acknowledgent of The Year Award and and UniKL BMI Most Outstanding Award 



Anugerah ini khas untuk kedua ibu bapa saya...I LOVE U!!!

Kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar, 
terima kasih diucapkan atas segala ilmu itu....
Jasamu akan ku kenang...:)

Tidak lupa juga untuk lecturer yg merekomen saya untuk anugerah ini, 
thank you so much!!!!!!
terima kasih sbb sudi merekomen saye...hihihi

  
Rakan-rakan seperjuangan...Congrats!

Asma, Hasanah and me!=)

Asma, Hasanah dan Azmina





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...